Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK KUALA PENYU SABAH



Pada 15/9/2011 bersamaan 16 Syawal SMK KUALA PENYU telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilftri untuk warga sekolah SMK KUALA PENYU,pelbagai aktiviti telah dirancang rapi sejak semalam antaranya ialah penyediaan makanan untuk dijadikan juadah aidilfitri kepada pelajar.


Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan diiringi bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Fairus Bin Syamsudin dan acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis  iaitu Ustaz Maraslan Bin Muhammad dan diakhiri dengan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftri.

Setelah itu,Guru-guru dan pelajar dijamu dengan pelbagai menu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.Antara juadah yang disediakan ialah lemang,nasi himpit,satey,dan kuih-raya serta macam-macam lagi yang menyelerakan. Pihak sekolah telah bergotong-royong dalam mendirikan khemah-khemah dan menyediakan 150 batang lemang menjelang keesokan hari.


Sebelum majlis bermula,keadaan cuaca hujan sejak awal pagi lagi namun keadaan tersebut tidak mematahkan semangat pelajar untuk datang dan berhari-raya bersama guru mereka.
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang baju raya tercantik yang dinilai berdasarkan kritera-kriteria yang dikehendaki.

Melalui Majlis ini,integrasi antara kaum dapat dipupuk dan dapat dilihat daripada pelajar yang mengenakan baju melayu dan baju kurung tanpa mengira bangsa dan agama ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-54 tahun,sekaligus mencapai konsep 1 Malaysia yang menjadi aspirasi negara kita.

No comments:

Post a Comment